13 October 2013

Gambar-gambar Majlis Penyempurnaan Penutupan KSSPS, Kali Pertama, 2013

Logo Kejohanan - KSSPS Kali Pertama, 2013

Logo direka oleh Encik Abdul Gani bin Ajim dari SMK Keningau, Keningau, Sabah

Terima Kasih Keningau FM

Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Sekolah Pedalaman (KSSPS), Kali Pertama, 2013 mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan, DJ dan staf Keningau FM di atas sumbangan hebahan program ini kepada umum.

12 October 2013

Pameran Pendidikan dan Kebudayaan sempena KSSPS Kali Petama, 2013

Kejohanan Sukan Sekolah Pedalaman (KSSPS), Kali Pertama, 2013 yang berpusat di Daerah Keningau, Sabah turut menampilkan pameran pendidikan dan kebudayaan yang dikelolakan oleh sekolah-sekolah pedalaman P2 dan P3 Daerah Keningau. Pameran tersebut mendapat perhatian dari pengunjung-pengunjung yang datang.

Di antara yang mendapat perhatian ialah pakaian kebudayaan suku kaum Murut Paluan yang diperagakan oleh En. Mathius Akung dari Kg. Kuala Kahaba. Menurut En. Mathius, pakaian tradisional tersebut dipanggil "Sampayau Kayu" yang bermaksud pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu. Turut menghiasi pakaian tersebut ialah Sapuk (sumpit), Pailang (parang) dan Lalandau (topi yang diperbuat daripada anyaman rotan dan bulu ayam hutan atau burung merak).
Segak bergaya. En. Mathius Akung dengan pakaian tradisi suku kaum Murut Paluan

Cabaran Pasukan SK. Pulau Bum Bum, Semporna - KSSPS Kali Pertama, 2013

Adik Noramirah Farihah bte Iddy, SK Pulau Bum Bum, Semporna
Ketika ditemubual, senyum riang adik Noramirah Farihah bte Iddy tidak pernah lekang dari bibirnya. Maklumlah pertama kali bagi adik Noramirah, pelajar Tahun 6 di SK Bum-Bum, Semporna datang berkunjung ke daerah pedalaman, Sabah, sementalahan mengetuai pasukannya di dalam acara Bola Jaring '3 on 3', KSSPS Kali Pertama, 2013.

Menceritakan kampung halamannya, adik Noramirah berasal dari Pulau Manempiliek, Semporna. Jarak pulau tersebut ke Pulau Bum Bum ialah lebih kurang 2 hingga 3 jam perjalanan menaiki bot. Ketika ini adik Noramirah tinggal di asrama sekolah berpusat SK Bum Bum bersama rakan-rakan sepasukannya Rosalina bt Baginda, Analin Danilo dan dan Syakila bt Bachok.

Ketika ditemui, pasukan SK Pulau Bum, Semporna yang diketuai adik Noramirah dan dibimbing oleh jurulatih Cikgu Izyan Mardhiah bte Halim, berasal dari Negeri Perak, sudahpun memenangi 3 daripada 4 perlawanan. Adik Noramirah berharap pasukannya akan berjaya di dalam kejohanan ini.
Cikgu Izyan Mardhiah bte Halim. Jurulatih.
Pasukan SK Pulau Bum Bum dari Daerah Semporna, Sabah diwakili oleh (dari kiri) Syakila bte Bachok, Noramirah Farihah bte Iddy, Analin bt Danilo dan Rosalina bt Baginda

Terima kasih - Perasmian KSSPS Kali Pertama 2013

Cenderamata penyempurnaan perasmian KSSPS Kali Pertama, 2013

Selamat Datang dan Selamat Bertanding - KSSPS - Kali Pertama, 2013

Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Pedalaman Sabah (KSSPS), Kali Pertama, 2013 mengucapkan selamat datang ke Daerah Keningau kepada semua kontinjen dari seluruh pelusuk (Sekolah Pedalaman P2 dan P3) Negeri Sabah. Kepada peserta kejohanan, diucapkan selamat bertanding di dalam acara masing-masing dengan penuh semangat kesukanan.
Banner KSSPS Kali Pertama, 2013
Backdrop