Buat julung kalinya Daerah Keningau menjadi hos satu lagi program bertaraf negeri. Program tersebut ialah Kejohanan Sukan Sekolah Pedalaman Sabah (KSSPS). Program yang pertama kali dilaksanakan ini akan berlangsung pada 12 Oktober 2013.
Berbeza dengan kejohanan MSS Sabah, kejohanan ini menampilkan hanya beberapa acara balapan dan padang, sepak takraw dan bola jaring. Format pertandingan bagi setiap acara juga agak berbeza. Contohnya permainan bola jaring yang dimainkan secara '3 on 3'.
Venue pertandingan pula akan berlangsung di beberapa tempat iaitu Dewan Badminton Kompleks Sukan Keningau (sepak takraw), Stadium Kompleks Sukan Keningau (padang dan balapan) serta Padang SMK Keningau II dan SJKC Yuk Yin (bola jaring).
Kejohanan ini akan disertai oleh peserta-peserta yang terpilih dalam kalangan sekolah-sekolah pedalaman P2 dan P3 dari seluruh PPD Negeri Sabah.
Bagi semua pegawai dan peserta yang akan berkunjung ke Daerah Keningau, diucapkan selamat datang ke Daerah Keningau dan selamat bertanding dengan penuh semangat kesukanan.
No comments:
Post a Comment