13 October 2013

Gambar-gambar Majlis Penyempurnaan Penutupan KSSPS, Kali Pertama, 2013

Logo Kejohanan - KSSPS Kali Pertama, 2013

Logo direka oleh Encik Abdul Gani bin Ajim dari SMK Keningau, Keningau, Sabah

Terima Kasih Keningau FM

Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Sekolah Pedalaman (KSSPS), Kali Pertama, 2013 mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan, DJ dan staf Keningau FM di atas sumbangan hebahan program ini kepada umum.

12 October 2013

Pameran Pendidikan dan Kebudayaan sempena KSSPS Kali Petama, 2013

Kejohanan Sukan Sekolah Pedalaman (KSSPS), Kali Pertama, 2013 yang berpusat di Daerah Keningau, Sabah turut menampilkan pameran pendidikan dan kebudayaan yang dikelolakan oleh sekolah-sekolah pedalaman P2 dan P3 Daerah Keningau. Pameran tersebut mendapat perhatian dari pengunjung-pengunjung yang datang.

Di antara yang mendapat perhatian ialah pakaian kebudayaan suku kaum Murut Paluan yang diperagakan oleh En. Mathius Akung dari Kg. Kuala Kahaba. Menurut En. Mathius, pakaian tradisional tersebut dipanggil "Sampayau Kayu" yang bermaksud pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu. Turut menghiasi pakaian tersebut ialah Sapuk (sumpit), Pailang (parang) dan Lalandau (topi yang diperbuat daripada anyaman rotan dan bulu ayam hutan atau burung merak).
Segak bergaya. En. Mathius Akung dengan pakaian tradisi suku kaum Murut Paluan

Cabaran Pasukan SK. Pulau Bum Bum, Semporna - KSSPS Kali Pertama, 2013

Adik Noramirah Farihah bte Iddy, SK Pulau Bum Bum, Semporna
Ketika ditemubual, senyum riang adik Noramirah Farihah bte Iddy tidak pernah lekang dari bibirnya. Maklumlah pertama kali bagi adik Noramirah, pelajar Tahun 6 di SK Bum-Bum, Semporna datang berkunjung ke daerah pedalaman, Sabah, sementalahan mengetuai pasukannya di dalam acara Bola Jaring '3 on 3', KSSPS Kali Pertama, 2013.

Menceritakan kampung halamannya, adik Noramirah berasal dari Pulau Manempiliek, Semporna. Jarak pulau tersebut ke Pulau Bum Bum ialah lebih kurang 2 hingga 3 jam perjalanan menaiki bot. Ketika ini adik Noramirah tinggal di asrama sekolah berpusat SK Bum Bum bersama rakan-rakan sepasukannya Rosalina bt Baginda, Analin Danilo dan dan Syakila bt Bachok.

Ketika ditemui, pasukan SK Pulau Bum, Semporna yang diketuai adik Noramirah dan dibimbing oleh jurulatih Cikgu Izyan Mardhiah bte Halim, berasal dari Negeri Perak, sudahpun memenangi 3 daripada 4 perlawanan. Adik Noramirah berharap pasukannya akan berjaya di dalam kejohanan ini.
Cikgu Izyan Mardhiah bte Halim. Jurulatih.
Pasukan SK Pulau Bum Bum dari Daerah Semporna, Sabah diwakili oleh (dari kiri) Syakila bte Bachok, Noramirah Farihah bte Iddy, Analin bt Danilo dan Rosalina bt Baginda

Terima kasih - Perasmian KSSPS Kali Pertama 2013

Cenderamata penyempurnaan perasmian KSSPS Kali Pertama, 2013

Selamat Datang dan Selamat Bertanding - KSSPS - Kali Pertama, 2013

Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Sukan Pedalaman Sabah (KSSPS), Kali Pertama, 2013 mengucapkan selamat datang ke Daerah Keningau kepada semua kontinjen dari seluruh pelusuk (Sekolah Pedalaman P2 dan P3) Negeri Sabah. Kepada peserta kejohanan, diucapkan selamat bertanding di dalam acara masing-masing dengan penuh semangat kesukanan.
Banner KSSPS Kali Pertama, 2013
Backdrop

23 September 2013

Acara sukan yang dipertandingkan - KSSPS Peringkat Negeri Sabah, Kali Pertama, 2013

Berikut ialah acara-acara sukan yang akan dipertandingkan di dalam Kejohanan Sukan Sekolah Pedalaman Sabah (KSSPS), Kali Pertama, 2013 yang akan berlangsung pada 12 Oktober 2013 di Daerah Keningau:
    1. Padang dan Balapan
     
     
     
     
    2. Bola Jaring - 3 lawan 3 (Perempuan) 
    4. Sepak Takraw (Lelaki

Pelan Lokasi, Vanue, Maklumat Penginapan dan Senarai Hotel Daerah Keningau - KSSPS Peringkat Negeri Sabah, Kali Pertama, 2013

  1. Sepak Takraw: Dewan Badminton Kompleks Sukan Keningau
  2. Padang dan Balapan: Stadium Kompleks Sukan Keningau
  3. Bola Jaring: Padang SMK Keningau II dan SJKC Yuk Yin
 Lokasi/Tempat Penginapan setiap kontinjen:

Senarai Hotel Daerah Keningau

22 September 2013

Kepada Semua Pengurus Pasukan - MAKLUMAN PENTING

Dimaklumkan bahawa setiap daerah (20 daerah) yang menyertai KSSPS Kali Pertama, 2013 hendaklah membawa Bendera MSSD masing-masing.

Sekian dimaklumkan.

20 September 2013

Daerah Keningau - Tuan Rumah Kejohanan Sukan Sekolah Pedalaman Sabah, Peringkat Negeri 2013

Buat julung kalinya Daerah Keningau menjadi hos satu lagi program bertaraf negeri. Program tersebut ialah Kejohanan Sukan Sekolah Pedalaman Sabah (KSSPS). Program yang pertama kali dilaksanakan ini akan berlangsung pada 12 Oktober 2013.

Berbeza dengan kejohanan MSS Sabah, kejohanan ini menampilkan hanya beberapa acara balapan dan padang, sepak takraw dan bola jaring. Format pertandingan bagi setiap acara juga agak berbeza. Contohnya permainan bola jaring yang dimainkan secara '3 on 3'.

Venue pertandingan pula akan berlangsung di beberapa tempat iaitu Dewan Badminton Kompleks Sukan Keningau (sepak takraw), Stadium Kompleks Sukan Keningau (padang dan balapan) serta Padang SMK Keningau II dan SJKC Yuk Yin (bola jaring).

Kejohanan ini akan disertai oleh peserta-peserta yang terpilih dalam kalangan sekolah-sekolah pedalaman P2 dan P3 dari seluruh PPD Negeri Sabah.

Bagi semua pegawai dan peserta yang akan berkunjung ke Daerah Keningau, diucapkan selamat datang ke Daerah Keningau dan selamat bertanding dengan penuh semangat kesukanan.

12 September 2013

Mesyuarat Pengelolaan Kejohanan Sukan Sekolah Pedalaman Peringkat Negeri Sabah, Kali Pertama, 2013

Mensyuarat Pengelolaan KSSPS Peringkat Negeri Sabah, 2013 kali ke 2 telah berlangsung pada 12 September 2013 di Bilik Piombolutan, PPD Keningau. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ybhg. Ir. Datu Jamigul bin Hj. Datu Salin, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
 
Di dalam ucapannya, beliau berharap program ini akan memberi impak positif kepada pendidikan Negeri Sabah. Beliau menambah, sukan adalah salah satu komponen dalam kurikulum kebangsaan. Oleh itu sukan perlu dilaksanakan selaras dengan 1Murid 1Sukan untuk mengukuhkan sukan sebagai satu komponen kurikulum. Kegiatan sukan perlu dilindungi masa instruksional (MMI). Tidak mengganggu masa PdP kerana sukan itu sendiri merupakan komponen kurikulum seiring dengan pelaksanaan PdP di sekolah.

Turut hadir ialah En. Roslan Hj Md Idris, Penolong Pengarah Kanan Sukan JPN Sabah dan En. Zainal Madi, Penolong Pengarah Sukan KPN Sabah.
Ybhg. Ir. Datu Jamigul bin Hj. Datu Salin, Ketua Sektor, Sektor Pembangunan Kemanusiaan,
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, sedang mempengerusikan mesyuarat.